| Bantuan
Pelajaran
Bantuan-bantuan
ini terbahagi kepada 2 kategori :-
Bantuan
Pelajaran Dalam Negeri
1. Bantuan Anak Yatim Sekolah Menengah Agama
Tujuan utama adalah untuk membantu anak-anak yatim yang kurang
berkemampuan dari sudut kewangan agar mereka dapat meneruskan
pelajaran di sekolah.
Pemberian sumbangan adalah untuk membiayai yuran sekolah,
asrama & makan.
2.
Bantuan Yuran Peperiksaan Sekolah Menengah
Bertujuan membantu pelajar miskin yang kurang berkemampuan
agar dapat meneruskan peperiksaan ke peringkat yang lebih
baik.
Sumbangan bayaran meliputi yuran peperiksaan PMR, SPM, SRA,
SMA, STPM dan STAM.
3.
Bantuan Pelajar ke IPTA
Fokus memastikan pelajar miskin yang cemerlang dapat meneruskan
pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Bantuan yang diberikan berupa wang tunai mengikut kursus (ijazah/
diploma) semaksimum RM2000.
Bantuan
Pelajaran Luar Negeri
1. Bantuan Pelajar ke Luar Negeri
Membolehkan pelajar miskin yang mendapat tempat di Universiti
Al-Azhar, Mesir berpeluang meneruskan pengajian mereka.
Sumbangan tunai kepada pelajar yang mendapat tempat di awal
tahun pertama.
|