PENGENALAN SEKOLAH

Maahad Pontian adalah salah satu sebuah Sekolah Menengah Tinggi Agama / Arab di negeri Johor yang telah beroperasi pada awal 1992. Di awal penubuhannya, dikenali sebagai Sekolah Arab Bandar Pontian ( Pagi ) Peringkat Thanawi yang bertaraf Sekolah Agama Rakyat. Ketika itu Maahad Pontian ini hanya mempunyai seramai 180 pelajar dengan dibantu oleh hanya 6 orang tenaga pengajar sahaja dan ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa Kesatuan Guru–Guru Sekolah Arab Johor ( KGSAJ ). Sekolah yang terletak di Jalan Parit Mesjid, 1 kilometer dari Bandar Pontian ini melaksanakan dua aliran pendidikan iaitu aliran Akedamik Kementerian Pendidikan Malaysia dan aliran berbahasa Arab yang kurikulumnya digubal dan diselia oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor mengikut sukatan pelajaran Al-Azhar Mesir.

TUJUAN PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Maahad Pontian ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar – pelajar yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian mereka di Maahad Johor, Johor Bahru. Ini berpunca kerana peningkatan peratusan pelajar yang lulus peperiksaan PMR dan Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama SRA di seluruh sekolah – sekolah Arab Negeri Johor pada tahun 1992.

Maahad Johor tidak dapat menampung limpahan bilangan pelajar ketika itu dan menghadkan syarat umur dan syarat Mumtaz Shahadah ‘Idadiah ( SRA ) dan diutamakan kepada pelajar SMAKJ syarat kemasukan pelajar ke sekolah berkenaan. Kesannya, hampir 500 orang pelajar tidak dapat melanjutkan pelajar ke Maahad Johor.
Berikutan itu, maka pada akhir tahun 1991 tercetuslah idea Yang diPertua Kesatuan Guru – Guru Sekolah Arab Negeri Johor KGSAJ Ustaz Hj. Salam bin Hj. Abdul Rahman, unutk menubuhkan Maahad Pontian. Atas desakan hebat para ibu – bapa penjaga pelajar, Guru – Guru Besar Sekolah Arab Negeri Johor, maka pada awal bulan Februari 1992, Maahad Pontian diwujudkan bagi memberi peluang pelajar lulusan PMR dan SMRA ke tingkatan 4 dan Thanawi 1 yang tidak terima oleh Maahad Johor. Seramai 180 pelajar dengan tenaga pengajar seramai 6 orang telah ditumpangkan di Sekolah Arab Bandar Pontian, Jalan Parit Masjid, Pontian Johor.
Pada awal penubuhan pada awal tahun 1992, Maahad Pontian menumpang di bangunan Sekolah Arab Bandar Pontian yang kini bangunan tersebut menjadi Asrama Putera Maahad Pontian, sehinggalah pada tahun 1997, atas sumbangan derma orang ramai dan perseorangan, Maahad Pontian telah berpindah ke bangunan sendiri di tapak atau lokasi sebagaimana tersergam kini.


Pada peringkat permulaan iaitu dari tahun 1992 hingga 1998, pengambilan pelajar Maahad Pontian hanya tertumpu kepada pelajar Tingkatan 4 ( 1 Thanawi ), Tingkatan 5 ( 2 Thanawi ) dan tingakatan Enam ( 3 Thanawi ). Pelajar – pelajar adalah daripada Sekolah – Sekolah Arab seluruh Negeri Johor.
Dari hari ke hari Maahad Pontian terus berkembang maju dari segi peningkatan prestasi pelajaran sering dengan dua aliran pelajaran yang dipelajari oleh para pelajar di sini. Situasi ini mendapat perhatian kursus dari Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Maka dengan itu, mulai 1 November 1999, Maahad Pontian telah dijadikan “Anak Angkat” Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAIJ ) untuk menaiktarafkan Mahad Pontian sebagai Sekolah Berasrama di daerah ini. Lantas, satu Ahli Jawatankuasa Tadbir telah dibentuk bagi kelicinan pengurusan dan pentadbiran serta pembagunan Maahad Pontian.Al-Fadhil Tuan Hj. Abdullah bin Basideq, Hakim Mahkamah Syariah Johor Bahru dan Pontian berkuatkuasa sehingga 2000. Pada Januari 2000 dengan rasminya Maahad Pontian diambil oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAIJ ). Semua pengurusan, pentadbiran dan pembangunan Maahad Pontian dikawal selia oleh Majlis Agana Islam Negeri Johor dan bantuan sebanyak RM 1 kepada setiap pelajar yang tinggal di asrama Maahad Pontian.

Sejarah Menengah Agama / Arab Bandar Pontian digabungkan di bawah satu pentadbiran pada tahun 2001.
Selaras dengan itu, pada tahun itu, buat pertama kalinya Maahad Pontian membuat pengambilan pelajar dari tingkatan 1 yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah sekurang – kurangnya 3A 2B. Pengambilan pelajar adalah diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pentadbiran Unit Sekolah Menengah, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

PEMBANGUNAN MAAHAD PONTIAN
Sebaik sahaja Maahad Pontian diambil alih oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAIJ ) pada tahun 2000, pembagunan Maahad Pontian dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor dengan peruntukan RM 9.6 juta bagi pembangunan fasa pertama yang telahpun 95 peratus sempurna iaitu merangkumi infastruktur bangunan tambahan akademik 2 blok iaitu 4 tingkat dan 3 tingkat serta Bangunan Asrama Puteri 4 blok 4 tingkat. Bangunan baru ini telah melengkapi dengan keperluan – keperluan pengajaran dan pembelajaran khususnya Makmal Sains. Pembangunan Fasa Kedua akan disusuli kemudian.

Selamat Datang Ke Gedung Ilmu Selatan....Mahaad Pontian,Johor....www.pij.gov.my/smamp