Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Lahir Ahli KKSPIJ

Pada 27 Ogos 2020 PIJ telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan ke 63 dan hari lahir ahli KKSPIJ di bilik mesyuarat PIJ, Kebun Teh.

Bengkel Pelan Strategik PIJ 2021-2025

Pada 16-17 Ogos 2020 PIJ telah mengadakan bengkel pelan strategik PIJ 2021-2025 di Hotel Hatten Melaka.

Kursus Keusahawanan Pasca Covid-19

Pada 9 Ogos 2020 PIJ telah mengadakan kursus keusahawanan pasca covid-19 di Hotel Doubletree by Hilton Johor Bahru.

 

Bengkel Perolehan

Pada 21 Julai 2020, PIJ telah mengadakan Bengkel Perolehan di Bilik Mesyuarat PIJ, Kebun Teh. Penceramah undangan adalah Pn.Salina bt Abd Wahab dari JKR Johor. Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PIJ, PIJ Holdings, ICMC dan Insist Amilat Sdn Bhd. Semoga ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan kepada jabatan masing-masing.

 

 

Jom Outing – Kulim Eco-Trail Retreat

Pada 12 Julai 2020, PIJ telah mengadakan program Jom Outing ke Kulim Eco-Trail Retreat Ladang Basir Ismail, Kota Tinggi. Program ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar PIJ dan 35 orang Pegawai dan kakitangan PIJ  serta wakil daripada Pejabat Daerah Kulai dan PIJ Holdings. Antara aktiviti yang diadakan adalah kayuhan basikal, lead of faith, panjat dinding dan panjat pokok. Semoga  ukhwah yang terjalin terus berpanjangan sentiasa. Semoga kita berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang. Jom Sihat

Ketibaan Pengurus Besar PIJ

Sesi Taklimat

 

Kayuhan basikal

Wakil daripada Pejabat Daerah Kulai

Wakil instructor Kulim Eco-Trail Retreat

Wakil daripada PIJ Holdings

Bengkel Pelan Strategik PIJ 2021-2025

PIJ telah mengadakan bengkel pelan strategik PIJ 2021-2025 pada 6 – 8 Julai 2020 di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Bengkel Pelan Strategik PIJ

Pada 6-8 Julai 2020, PIJ telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik PIJ yang telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PIJ di Fraser Place Puteri Habour . Penceramah adalah daripada SIRIM QAS iaitu En. Mohd Nasim bin Zakaria.

Sumbangan Tabung Bencana Johor – Covid-19

Pada 25 Mac 2020 PIJ telah menyerahkan sumbangan untuk Tabung Bencana Negeri Johor – COVID-19 sebanyak RM200,000 kepada Menteri Besar Johor yang diserahkan oleh Y.B Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dan Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor, Pengurus Besar PIJ di Pejabat Menteri Besar Johor.

 

Lawatan Y.B Exco Agama ke PIJ

Pada 6 Januari 2020, Y.B Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Exco Agama Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke Pejabat Perbadanan Islam Johor dan anak syarikat PIJ Insist Amilat Sdn Bhd di Bangunan PIJ Kebun Teh.

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W PIJ Dan Kumpulan 1441H

Pada 12.12.2019 PIJ dan Kumpulan telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1441H, bertempat di Masjid Jamek Kg. Kurnia. Penceramah undangan adalah Y.Bhg Dato’ Kazim Elias. Ribuan  terima kasih kepada semua kakitangan PIJ dan Kumpulan serta muslimin muslimat yang hadir memeriahkan majlis ini. Berikut gambar kenangan ketika program berlansung.