Artikel: Intisari Qutbah Jumaat JDT (28 Julai 2017)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh: 28 Julai 2017
04 Zulqaedah 1438
Tajuk: Anak Adalah Anugerah Allah.
===========================

1) Firman Allah surah At- takauwir/7-14 bermaksud:

” Dan apabila tiap2 diri disatukn dgn pasangannya dan apabila anak perempuan yg ditanam hidup2 ditanya: dgn dosa apakah dia dibunuh? dan apabila surat2 amalan dibentangkn dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya dan…………………. (setelah semua itu berlaku) mengetahuilah tiap2 diri akn amal yg telah disediakannya “.

2) Hari qiamat- pasti berlaku; wajib mempercayainya; kufur yg tidak percaya; bayi yg ditanam hidup2 akn bangkit, ditanya apakah dosa dia dibunuh.

3) Firman Allah surah An-nahlu/58-59 bermaksud:

” Dan apabila dikhabarkn kpd seorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita) sdang dia menahan perasaan marahnya dlm hati……………………ketahuilah, sungguh jahat apa yg mereka hukumkan itu “.

4) Firman Allah surah Al-isra’/31 bermaksud:

“Dan janganlah kamu membunuh anak2 kamu kerana takutkn kepapaan, Kamilah yg memberi rezeki kpd mereka dan kpd kamu. Sesungguhnya perbuatn nembunuh mereka adalah satu kesalahan yg besar”.

5) Adat orng arab jahiliah- anak perempuan sbgai beban; anak lelaki pembela klga; dgn kdatangan islam amalan menanam bayi perempuan dihapuskan; golongan wanita dipelihara.

6) Dijelaskn dlm Al-Quran- kutukan kpd yg membuang, membunuh, menyiksa bayi2 kecil; kini bayi dibuang di merata tempat, di jalanan, dlm kotak, dlm lubang tandas jga di perlupusan sampah; menjadi makanan anjing.

7) Punca gejala pembuangan bayi- kurang didikn agama; pergaulan bebas lelaki wanita; kurang perhatian ibubapa.

8) Kuatkn keimanan kpd Allah- menjaga solat fardhu lima waktu; kpd Allah disembah dan dipohon pertolongan; hiasi diri dgn ilmu2 agama.

9) Firman Allah surah Al-maidah/2 bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong2an utk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong2an pd melakukan dosa (maksiat)………………sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi sesiapa yg melanggar perintahNya)”.

باراك الله لي ولكم …

#TabungWaqafRakyatJohor

#PerbadananIslamJohor

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah

#jomberwakaf

#membangunSwadayaUmmah

 

Artikel: Hikmah Rumah Didatangi Tetamu

Hikmah Rumah Didatangi Tetamu


Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.

Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w..

Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:

“Siapakah tetamu itu?”

Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w..

Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika baginda keluar.

Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.

Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam berkata kepadanya:

“Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang.”

Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita.

Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية. قالوا: وما تلك الهدية؟ قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت “. فيااحبتي ” الضيف دليل الجنة “. وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه …
صل الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين..

ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT.

 

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#jomberwaqaf
#membangunSwadayaUmmah

 

Artikel: Persiapan Ramadhan 2017

Persiapan Ramadhan 2017


Ramadhan kunjung tiba lagi. Ayuh kita semak persiapan kita. Bersedia kita menuju Ramadhan tahun ini?

1️⃣ Menjaga kesihatan diri, pemakanan. Cuaca pada bulan Ramadhan memang agak mencabar.

2️⃣ Revise balik hukum-hakam, niat, dan bagaimana rukun berpuasa.

3️⃣ Ambil tahu amalan-amalan sunat yang baik dilakukan ketika Ramadhan. Bersedekah, berwaqaf dan memberi makan (berbuka puasa) adalah sangat baik dilakukan.

4️⃣ Menanam keazaman untuk menyambut Ramadhan dengan lebih baik. Jangan malu untuk ke Masjid, tapi malu lah jika tidak ke Masjid.

5️⃣ Cuba untuk bangun sepertiga malam dan bertahajud. Tak dapat hari-hari, 3-4 kali pun ok. Dapat lebih banyak kali, lebih baik.

6️⃣ Jaga lidah, hati dan perangai. Elakkan dari berbuat perkara sia-sia. Membazir ketika di bazar Ramadhan salah satu perkara yang sia-sia.

7️⃣ Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain fadilat Ramadahan. Join kuliah selepas solat. Takut-takut tak dapat jumpa lagi Ramadhan akan datang ?

Selamat Mempersiapkan Diri Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

 

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah

Artikel: Johor Bina Kekuatan Ummah Melalui Wakaf

Johor bina kekuatan ummah melalui Wakaf


Johor bina kekuatan ummah melalui Wakaf sebagai Instrumen membangun ekonomi umat islam termasuk dalam bidang pendidikan dan keusahawanan dan kesihatan.

Apabila rakyat dan Kerajaan berganding bahu, untuk menyelesaikan kemaslahatan umum, maka pasti akan terjelmalah masyarakat terbaik. Alangkah indah dan menyenangkan, bila setiap Bangsa Johor, ikhlas menjalin keeratan yang tulus, di atas nama muafakat, demi melakukan amal dan kebaikan kepada masyarakat umum.

Tabung Waqaf Rakyat Johor ini juga adalah ikhtiar kita dalam menggunakan pelbagai model Islam untuk menyuburkan kebaikan di bumi Johor.Semoga dengan manfaat dari Tabung Wakaf ini nanti, akan lahirlah ilmuan-ilmuan terbaik. Yang akan menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan, penemuan sains dan teknologi serta penghasilan karya bermutu dan termaju.Akan terbinanya sekolah, universiti, hospital, rumah ibadat, perpustakaan, pasaraya, jalanraya, sistem pengairan, perumahan dan pelbagai lagi prasarana yang lebih baik. Demi kesejahteraan hidup yang selayaknya

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua hartawan dan dermawan yang telah berbesar hati memberikan sumbangan ikhlas ini. Semoga kita menjadi umat terbaik yang dijanjikan Allah di dalam Alquran. InsyaAllah

Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Besar Johor
Mei 2017

 

Artikel: Logo Tabung Waqaf Rakyat Johor

Penerangan mengenai pemilihan lakaran logo Tabung Waqaf Rakyat Johor


Artikel: Keutamaan Bulan Sya’ban

Keutamaan Bulan Sya’ban
===================

Sya’ban secara bahasa berasal dari kata Tasya’aba (bahasa Arab) yang bermaksud berpencar. Pada masa itu, kaum arab biasa pergi memencar, keluar mencari air. Bulan Sya’ban juga berasal dari kata Sya’aba yang membawa makna, merekah atau muncul dari kedalaman kerana ia berada di antara dua bulan yang mulia juga.

Puasa Sunat di Bulan Sya’ban

Rasulullah S.A.W memperbanyak berpuasa sunat di bulan ini. Beliau hampir penuh puasa di bulan ini. Beliau hanya berbuka atau tidak berpuasa pada beberapa hari saja.

Dari Aisyah r.a beliau mengatakan :

“Belum pernah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa satu bulan yang lebih banyak dari pada puasa bulan Sya’ban. Terkadang hampir beliau berpuasa Sya’ban sebulan penuh.” (H.R. Al Bukhari dan Muslim)

Mari bersama kita memperbanyakkan amalan di bulan ini, dan bulan-bulan lain juga. InsyaAllah.

#salamJumaat
#jomBerwaqaf

Artikel: Bertambah Dengan Sebab Sedekah

Intisari Qutbah Jumaat Johor darul Ta’zim
==============================

Tarikh: 03 Mac 2017
04 Jamadil Akhir 1438

Tajuk: Bertambah Dengan Sebab Sedekah.

1) Rezeki pendapatan- Semoga yang halal; di redhai Allah; nikmat dari Allah; ada yang dikurnia kaya raya; ada yang fakir miskin; yang senang bantu yang susah; yang susah mendoakan yang senang (apabila diberi bantuan).

2) Lain-lain nikmat Allah- Anugerah kesihatan; kemudahan pancaindera; kelengkapan udara dan lain-lain yang tidak terhitung banyaknya; semuanya amanah Allah.

3) Islam amat menggalakkan amalan sedekah seperti firman Allah surah Al-baqarah/261 bermaksud:

” Bandingan (derma) orang yang membelanjakn hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkn tujuh tangkai, tiap2 tangkai itu pula mengandungi seratus biji…….”

4) Sabda Rasul SAW bermaksud:

” Tidak berkurang harta dengan sebab bersedekah, maka bersedekahlah”
– HR: Ahmad

5) Bersedekah – Sesuatu yang dibuat pada jalan Allah untuk mendapat keredhaanNya, selain harta dan wang ringgit, sedekah termasuk ucapan tasbih, takbir, tahmid, tahlil, amar makruf, nahi munkar dll.

6) Firman Allah surah Al-baqarah/264 bermaksud:

” Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (melalui kelakuan) yang menyakiti seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak)………”.

7) Firman Allah surah Ad-dhuha/10 bermaksud:

” Adapun orang yang meminta (bantuan) maka janganlah engkau tengking herdik”.

8) Sabda Rasul SAW bermaksud:

” Sesiapa yang menafkahkan sepasang hartanya di jalan Allah, ia kelak akan diseru dari pintu-pintuNya (syurga)…dari pintu solat…pintu jihad…pintu sedekah…pintu puasa…tiada sebarang halangan keatas orang-orang yg diseru dari pintu-pintu tersebur (untuk masuk melalui kesemuanya)”
– HR: Al-bukhari.

9) Firman Allah surah Al-baqarah/268 bermaksud:

” Syaitan itu menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau berderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji dan (bersikap bakhil kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu dgn keampunan dpdNya serta kelebihan kurniaNya …………”

بارك الله فيكم….

#jomberwaqaf
#membangunswadayaummah

Artikel: Perbezaan Waqaf dan Sedekah

Perbezaan antara Waqaf dan Sedekah
============================

Waqaf
——-

Waqaf/wakaf adalah amalan menyerahkan harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk kegunaan umum masyarakat dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan syarat-syarat berikut:

1) Harta yang diwakafkan hendaklah berbentuk kekal sifatnya

2) Harta yang diwaqafkan tidak boleh dijual, diwarisi, ditarikbalik dan diwasiatkan kerana ia menjadi milik Allah S.W.T buat selama-lamanya

3) Ganjaran pahala pewaqaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakaf boleh diambil manfaatnya

4) Para fuqaha’ berpendapat bahawa waqaf adalah satu-satunya bentuk sedekah yang berbentuk jariah (berkekalan) kerana konsep wakaf adalah berkekalan sifatnya

Sedekah
———

Sedekah ialah amalan menyerahkan apa-apa bentuk harta benda kepada golongan fakir, miskin, anak yatim atau orang yang berhajat dengan ikhlas kerana Allah S.W.T tanpa mengharapkan balasan dan pemberi sedekah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T Sedekah boleh dilakukan dalam apa jua bentuk harta seperti makanan, pakaian, barangan, wang dan harta yang kekal .

Dalil Al-Quran yang menggalakkan amalan bersedekah ialah adalah seperti berikut:

“Dan yang dikatakan berbuat baik ialah orang yang memberikan harta yang dicintai kepada saudaranya yang miskin, anak-anak yatim, orang miskin, ibnu sabil dan orang yang berhajat” (Surah Al-Baqarah: 177)

Semoga amalan baik kita sentiasa diterima oleh Allah S.W.T

Sumber :
http://www.moreclass.com.my/perbezaan-waqaf-sedekah-hibah-…/

#jomberwaqaf
#membangunswadayaummah