TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR


Objektif Penubuhan TWRJ

  • Mengumpul dana Waqaf melalui Waqaf Tunai (Individu, Muafakat Waqaf Korporat dan Potongan Gaji) dan pelaburan
  • Mempromosikan Tabung Waqaf Rakyat Johor melalui media massa, ekspo, karnival, laman sesawang dan penerbitan bagi mengembangkan institusi Waqaf di negeri Johor
  • Merangka program kebajikan sosio-ekonomi dan kemasyarakatan yang menjadi manfaat serta faedah kepada umat islam di negeri Johor
  • Membuat pelaburan yang dibenarkan oleh syarak untuk manfaat ekonomi umat Islam di negeri Johor

Kemudahan waqaf online melalui TWRJ Online.

Pautan ini akan membawa anda ke laman pembayaran. https://waqaf.pij.gov.my

Agenda Utama Perlaksanaan Program Waqaf oleh PIJ

Ekonomi

  • Memperbanyakkan program bantuan ekonomi untuk orang-orang Islam negeri Johor
  • Membangunkan sektor hartanah dan aset berkaitan waqaf
  • Mewujudkan tapak-tapak perniagaan bagi membangun swadaya ummah

Kesihatan

  • Membina hospital pakar Islam bagi memberikan khidmat terbaik dalam perkhidmatan kesihatan kepada umat Islam
  • Menjadikan negeri Johor sebagai salah satu destinasi pelancongan kesihatan
  • Membantu golongan asnaf melalui Insuran Berkelompok

Pendidikan

  • Pembinaan sekolah-sekolah agama bersepadu
  • Pembinaan Sekolah/Kolej/Dewan berkonsep Islam dan bekerjasama dengan pihak antarabangsa
  • Menghapuskan buta huruf di kalangan orang Islam
  • Bantuan biasiswa pendidikan

Kelebihan Berwaqaf

  • Ukhrawi

    Ganjaran pahala berterusan selagi harta dan aset waqaf dimanfaatkan

  • Duniawi

    Pengecualian cukai pendapatan kepada pewaqaf

  • Harta Yang Diwaqafkan

    Harta yang mempunyai nilai, harta yang boleh dipindah milik, harta yang boleh diambil manfaat berkekalan dan harta adalah milik sempurna pewaqaf

  • Penerima Manfaat Waqaf

    Penerima khusus samada seorang atau lebih. Penerima tidak khusus (menentukan penerima waqaf)

Projek Khas

Kompleks Perubatan Pakar
  • Keluasan 5.5 ekar
  • Pemaju: Usahasama PIJ dan Kencana Healthcare Sdn. Bhd.
  • Lokasi: Jalan Tahana, Bandar Baru Uda, Johor
  • Kemudahan 240 katil pesakit
  • 60 klinik doktor pakar
  • 120 bilik penginapan patuh syariah
  • Wellness Centre (Kemudahan Rawatan Pakar)
  • Pakir Awam (650 petak) Indoor & Outdoor
Dewan Besar Larkin
  • Keluasan 5.5 ekar
  • Berkonsep Islamik
  • Pemaju: Usahasama Pintar PIJ & Usahawan
  • Kemudahan 3 dewan makan – pameran (kapasiti: 1000 pax)
  • 2 bilik meeting: 40 pax
  • Unit Cafe & Bistro (kapasiti: 150 pax)
  • Ruang Pejabat
  • Bilik Keramaian
  • Lobby
  • Dapur
‘Food Truck’ Muafakat Bangsa Johor
  • Tapak perniagaan khusus bagi umat Islam menjalankan perniagaan
  • Penyediaan fasiliti seperti surau dan tandas awam
  • Pemaju: Perbadanan Islam Johor