PROGRAM-PROGRAM BANTUAN


Program-program Perbadanan Islam Johor termasuk pemberian-pemberian bantuan dan juga menyokong penuh aktiviti-aktiviti masyarakat Islam.

Bantuan-bantuan sosial

Bantuan-bantuan telah diberikan bermula pada tahun 1995 selaras dengan pengkorporatan Perbadanan Islam Johor, selain membangunkan tanah-tanah wakaf di negeri Johor.

Bantuan-bantuan terdiri daripada :

  1. Bantuan lbadah
  2. Bantuan-bantuan yang lain

Pada dasarnya, bantuan-bantuan diberikan adalah untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan taraf hidup umat Islam negeri Johor khususnya.

Walau bagaimanapun, Perbadanan Islam Johor berpegang pada garis panduan serta syarat-syarat untuk pemberian bantuan. Perbadanan juga menyediakan prosedur serta borang-borang bagi tujuan untuk memohon bantuan.

PROGRAM BANTUAN IBADAH

Objektif
Satu usaha ke arah pembudayaan Al-Quran dan menarik minat masyarakat untuk memahami dan menghayati isi kandungan Al-Quran dan seterusnya membawa kepada pengaplikasiannya di dalam kehidupan seharian.

Memberi penerangan kepada masyarakat untuk menghayati Hadis-hadis Nabi yang merupakan sumber rujukan kedua selepas Al-Quran.

Kaedah

  1. Siaran melalui radio Suara Johor Best FM setiap hari.
  2. Bantuan pemberian naskhah-naskhah Al-Quran, Yassin, sejadah, telekung, kitab-kitab agama dan lain-lain.

Program Bantuan Meningkatkan Syiar Islam

  1. Kapsul Tahukah Anda…..
  2. Tazkirah Sebelum Azan 5 Waktu.
  3. Program Tajaan Azan Berbuka Puasa [Bulan Ramadhan]
  4. Siaran Langsung Khutbah Jumaat.
  5. Doa-doa harian.
  6. Ucapan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
  7. Tabung Waqaf Rakyat Johor.

Pemberian naskah-naskah Al-Quran

Bantuan untuk pesakit yang memerlukan dialisis

BANTUAN-BANTUAN LAIN

Objektif

  1. Membantu Pesakit baru (dialysis) dalam persediaan awal memasang Fistula.
  2. Membantu Persatuan Belia berdaftar dan berpontesi dalam menganjurkan program.
  3. Menanam sifat keperihatinan PIJ khususnya dan kerajaan amnya.

Kaedah

  1. Menyediakan bantuan tunai sebanyak RM1000 kepada pesakit dialisis bagi membiayai pemasangan fistula.
  2. Program yang berkaitan sukan bermotor, masyarakat dan keusahawanan serta diterapkan aspek-aspek kerohanian.

Program Bantuan-bantuan yang lain

  1. Bantuan Pesakit Dialisis (Fistula)
  2. Bantuan Usahawan Belia – RM2000
  3. Bantuan Mengembangkan perniagaan Usahawan Belia
  4. Bantuan My Home Shop
  5. Bantuan Kursus Kewangan & Rancangan perniagaan
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
2017 © Hakcipta Terpelihara Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Penafian: Pihak PIJ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.