AKTIVITI PIJ


Perbadanan Islam Johor prihatin terhadap masyarakat Islam bukan sahaja di Johor malah meliputi ummah sejagat di rantau ini. Oleh itu, PIJ telah mengadakan program-program keagamaan melalui medium elektronik. Menerusi radio, ilmu serta maklumat dapat dikembangkan dengan lebih meluas.

Seiring itu, PIJ telah bekerjasama dengan stesyen radio tempatan, Suara Johor Best 104 untuk tujuan memberi ilmu serta mengembangkan ukhwah sesama Muslim. Dengan anggaran 645,000 pendengar setahun tidak mustahil ramai yang dapat manfaat daripada program yang dianjurkan PIJ di radio.

Antara program yang dijalankan di Best 104 adalah:

  1. Program Tajaan Azan Berbuka Puasa (Bulan Ramadhan)
  2. Program An-Nur Satu Hari Satu Hadis

PROGRAM AN-NUR SATU HARI SATU HADIS

Hadis adalah merupakan himpunan istilah yang digunakan untuk menentukan sama ada boleh diterima atau tidak sebuah riwayat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad (SAW), dan juga tokoh-tokoh penting agama Islam. Istilah-istilah tertentu membezakan hadis yang dianggap benar. Bagi penghayatan terhadap hadis ini, maka Perbadanan Islam Johor telah menaja program tersebut yang boleh diikuti di siaran Best 104 pada waktu ini:

Setiap hari Isnin hingga Ahad 

PROGRAM AZAN BERBUKA PUASA

Program Tajaan Azan Berbuka Puasa (Bulan Ramadhan) merupakan tanggungjawab PIJ meningkat syiar Islam sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Siaran azan ini menandakan telah masuk waktu solat Maghrib dan berbuka puasa bagi negeri Johor. Waktu siaran dapat didengar di radio Suara Johor Best 104 seperti berikut:

Setiap hari sepanjang Bulan Ramadhan

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
2019 © Hakcipta Terpelihara Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Penafian: Pihak PIJ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.