Bengkel Perolehan

Pada 21 Julai 2020, PIJ telah mengadakan Bengkel Perolehan di Bilik Mesyuarat PIJ, Kebun Teh. Penceramah undangan adalah Pn.Salina bt Abd Wahab dari JKR Johor. Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PIJ, PIJ Holdings, ICMC dan Insist Amilat Sdn Bhd. Semoga ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan kepada jabatan masing-masing.

 

 

Premis Untuk Disewa

Makluman Premis untuk disewa di PIJ

Pertanyaan lanjut sila hubungi: 07-3369200

En.Amiruuddin / En.Mohd Fairuz / Pn. Nuradibah

Jom Outing – Kulim Eco-Trail Retreat

Pada 12 Julai 2020, PIJ telah mengadakan program Jom Outing ke Kulim Eco-Trail Retreat Ladang Basir Ismail, Kota Tinggi. Program ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar PIJ dan 35 orang Pegawai dan kakitangan PIJ  serta wakil daripada Pejabat Daerah Kulai dan PIJ Holdings. Antara aktiviti yang diadakan adalah kayuhan basikal, lead of faith, panjat dinding dan panjat pokok. Semoga  ukhwah yang terjalin terus berpanjangan sentiasa. Semoga kita berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang. Jom Sihat

Ketibaan Pengurus Besar PIJ

Sesi Taklimat

 

Kayuhan basikal

Wakil daripada Pejabat Daerah Kulai

Wakil instructor Kulim Eco-Trail Retreat

Wakil daripada PIJ Holdings

Bengkel Pelan Strategik PIJ

Pada 6-8 Julai 2020, PIJ telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik PIJ yang telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PIJ di Fraser Place Puteri Habour . Penceramah adalah daripada SIRIM QAS iaitu En. Mohd Nasim bin Zakaria.